HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Stesen Tokyo 3 lokasi bergambar pilihan di Stesen Tokyo
3 lokasi bergambar pilihan di Stesen Tokyo

3 lokasi bergambar pilihan di Stesen Tokyo

Last updated: 19 Ogos 2020

Kerja-kerja pemeliharaan dan pemulihan bangunan Stesen Tokyo Marunouchi selesai pada Oktober 2012 dan telah dibina semula mengikut keadaan asal pada awal pembinaannya. Mari mengambil gambar kenangan dengan bangunan stesen yang berbata merah ini.

Hanyut dengan gaya bangunan stesen

Hanyut dengan gaya bangunan stesen

Pengunjung disyorkan untuk mengambil gambar pandangan hadapan bangunan Stesen Tokyo Marunoichi. Sekiranya ingin mengambil gambar yang dapat memberikan impak, lokasi yang sesuai ialah di bahagian pintu masuk hadapan bangunan. Cuba mengambil gambar dgn berdiri betul-betul di bahagian tengah bangunan. Selain itu, dari bahagian hadapan stesen, pengunjung berpeluang mengambil gambar "Gyoko-dori", jalan yang bersambung ke Istana Maharaja Tokyo, yang dihiasi dengan deretan pohon ginkgo yang indah. Jika ingin mendapatkan gambar pada waktu yang cerah, waktu sesuai untuk bergambar ialah dari jam 11:00 hingga 14:00. Bangunan stesen yang diterangi lampu illuminasi juga sangat mempersonakan.

Simbol kubah selatan dan utara

Simbol kubah selatan dan utara

Satu perkara penting mengenai bangunan stesen ini adalah terdapat 2 bumbung yang berbentuk kubah di bahagian selatan dan utara bangunan. Di ruang legar pintu selatan dan pintu utara di Marunouchi kelihatan siling berbentuk kubah yang menggunakan warna-warna terang yang menarik. Pertama sekali, sila berdiri di tengah kawasan itu untuk mengambil gambar. Kemudian, fokuskan kamera untuk mengambil gambar ukiran. Di bawah kubah di bahagian sudut berbentuk oktagon ini terdapat 8 ukiran burung helang yang dibaik pulih daripada rekaan asal semasa pembinaannya. Di bahagian luar selepas ukiran burung helang itu, terdapat 8 ukiran binatang yang diletakkan di 8 bucu untuk menunjukkan arah. Kecantikan seni bina ini sememangnya ingin diabadikan di dalam kamera.

  • The Tokyo Station Marunouchi Building
    • Address 1, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005
      View Map
    • Nearest Station Tokyo Station (Tokaido Shinkansen Line / Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Tokaido Main Line / JR Yokosuka Line / JR Sobu Main Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Keiyo Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line)

Nijyubashi (jambatan berganda) di Istana Maharaja

Nijyubashi (jambatan berganda) di Istana Maharaja

Istana Maharaja terdiri daripada Gosho (Istana kediaman Maharaja dan Maharani), Kyuden (Istana Maharaja), dan Chosha (Bangunan pejabat kerajaan) dan sebagainya. Dengan berjalan lebih kurang 15 minit dari pintu tengah Stesen Tokyo Marunouchi, anda bebas memasuki Kokyo Higashi Gyoen (taman bahagian timur Istana Maharaja) dan Kokyo Gyoen (taman Istana Maharaja). Di sini, lokasi mengambil gambar yang disyorkan adalah Nijyubashi. Terdapat 2 jambatan yang menghubungkan kawasan lapang di hadapan Istana Maharaja dengan istana, kedua-dua jambatan ini digelar Nijyubashi. Dari kawasan lapang Istana Maharaja menghadap Nijyubashi, pantulan jambatan di permukaan air kolam menjadikan jambatan itu kelihatan seperti cermin mata. Jambatan yang juga dipanggil sebagai "Jambatan Cermin Mata" ini menjadi lokasi tumpuan terkenal untuk mengambil gambar kenangan. Perlu diberi perhatian bahawa anda perlu melalui beberapa prosedur terlebih dahulu sebelum datang ke sini atau anda tidak dibenarkan untuk melalui Nijyubashi ini.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari