HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Asakusa 10 jinja (kuil Shinto) yang patut dilawati jika datang ke Tokyo
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ueno 10 jinja (kuil Shinto) yang patut dilawati jika datang ke Tokyo
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Harajuku 10 jinja (kuil Shinto) yang patut dilawati jika datang ke Tokyo
10 jinja (kuil Shinto) yang patut dilawati jika datang ke Tokyo

10 jinja (kuil Shinto) yang patut dilawati jika datang ke Tokyo

Last updated: 23 Disember 2020

Jinja (kuil Shinto) dan Jiin (kuil) yang mempunyai suasana kejepunan juga dapat dialami selain daripada Kyoto. Kami akan memperkenalkan 10 Jinja yang dapat dilawati jika singgah di Tokyo.

1 : Hie JInja

1 : Hie JInja

Terletak di Nagatacho di mana pusat politik Jepun bertumpu, Hie Jinja dikatakan memberi tuah, kejayaan dan kemajuan dalam perniagaan kepada sesiapa yang datang, dan selalu dikunjungi ahli politik dan ahli perniagaan. Dulu, jinja ini memegang peranan sebagai pelindung istana Edo. Di Hie JInja, monyet dilayan sebagai dewa. Oleh sebab itu terdapat patung batu monyet ditempatkan di jinja ini.

2 : Tomioka Hachimangu

2 : Tomioka Hachimangu

Jinja ini dibina pada tahun 1627, dan di pertengahan bulan Ogos, diadakan pesta "Tomioka Hachiman Matsuri" yang merupakan pesta turun-temurun yang diraikan sejak 350 tahun yang lalu. Pada hari Ahad minggu ketiga setiap bulan juga diadakan pasar barang antik dimana ramai orang datang mengunjungi.

3 : Meiji Jingu

3 : Meiji Jingu

Jinja ini selalu disinggahi Maharaja Meiji dan Permaisuri Shoken untuk sembahyang. Mempunyai keluasan 700,000 meter persegi, lebih kurang 100,000 batang pokok dari seluruh negara ditanam di sini, yang memberikan suasana seperti di hutan yang dipenuhi pelbagai jenis tumbuhan, dan boleh menikmati suasana alam semula jadi sebegini tidak kira musim sepanjang tahun. Pada tahun baru 1-3 Januari, "hatsumode" (lawatan ke Jinja pada Tahun Baru) sering dipenuhi pengunjung, jumlah pengunjung adalah nombor 1 terbanyak di Jepun, lebih kurang 3 juta orang datang mengunjung kuil ini.

4 : Kanda Myoujin

4 : Kanda Myoujin

Jarak antara Kanda Myoujin dan Akihabara, Bandar elektronik yang terkenal dalam kalangan pelancong, adalah dekat dan dapat disinggahi dengan berjalan kaki. Kanda Myoujin adalah Jinja lama yang mempunyai sejarah selama 1,300 tahun. Disebabkan "Busho" (komander militan) dikatakan melawat ke Jinja ini untuk mendoakan kemenangan, dan berjaya menyatukan Jepun, ramai orang katakan tempat ini memberi tuah dalam permainan dan sukan. Pengasas syarikat Panasonic, Konosuke Matsushita selalu berkunjung ke Jinja ini.

5 : Suitengu

Jinja yang dikatakan membawa tuah dari zaman dulu untuk melahirkan anak dan pengurniaan anak. "Misuzuobi" (pemegang bayi) adalah kain kapas asli yang tiada warna dan tekstur yang semulajadi yang digunakan sejak dahulu lagi, digunakan untuk melindungi dan mendokong perut perempuan mengandung secara lembut. Pada musim bunga tahun 2016, Jinja ini berpindah ke bangunan baru.

  • Suiten-gu
    • Address 2-30-3, Nihonbashihamacho, Chuo-ku, Tokyo, 103-0007
      View Map
    • Nearest Station Hamacho Station (Toei Shinjuku Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3666-7195

6 : Ueno Toshogu

6 : Ueno Toshogu

Jinja yang terletak di sudut Taman Ueno ini adalah juga makam untuk Busho yang memulakan Tokugawa Bakufu dimana Tokugawa Bakufu mentadbir Jepun selama 400 tahun. Batu "torii" yang diklarifikasikan sebagai khazanah budaya negara dan kuil bersinar dengan warna keemasan dengan tanglung-tanglung yang menghiasi sepanjang kawasan itu, antara salah satu dari pelbagai benda menarik yang dapat dilihat di kawasan ini.

  • Ueno Toshogu
    • Address 9-88, Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-0007
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3822-3455

7 : Nezu Jinja

7 : Nezu Jinja

Jinja yang mempunyai sejarah selama 1,900 tahun, dewa yang muncul dalam mitologi Jepun disembah disini. Di dalam kawasan Jinja ini terdapat 7 blok bangunan yang dikelaskan sebagai khazanah budaya negara. Anda boleh melalui "Senbon Torii " dimana 1000 batang pintu gerbang merah "Torii" disusun secara berterusan membentuk seperti satu terowong.

8 : Akasaka Hikawa JInja

8 : Akasaka Hikawa JInja

Jinja ini dianggap sebagai Jinja mengikat jodoh kerana Dewa suami isteri dan Dewa jodoh disembah di sini sejak zaman dahulu lagi. Shogun ke-8 Tokugawa Yoshimune telah membina Jinja ini semasa zaman Edo dan sekarang diikitiraf sebagai khazanah budaya. Walaupun terletak di Akasaka, kawasan tengah-tengah bandar, disini ada pokok gingko yang berusia lebih daripada 400 tahun, dan merupakan salah satu antara banyak aspek alam semula jadi yang masih ada disini.

9 : Asakusa Jinja

9 : Asakusa Jinja

Jinja Asakusa dibina untuk memperingati tiga orang yang terlibat dengan pembinaan kuil Asakusa dan dianggap sebagai dewa dan disembah di jinja ini. Terdapat satu pesta, di mana 100 "mikoshi" (kuil boleh bergerak) dipikul mengelilingi Asakusa yang dipanggil "Sanja Matsuri", dan acara ini diadakan pada bulan Mei setiap tahun. Pesta ini merupakan satu acara yang popular untuk merasai suasana zaman Edo, dan pada setiap tahun seramai 1.5 juta orang datang berkunjung.

  • Asakusa Shrine
    • Address 2-3-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
      View Map
    • Nearest Station Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Sky Tree Line) / Tsukuba Express)
      7 minutes on foot
    • Phone Number 03-3844-1575

10 : Hanazono Jinja

10 : Hanazono Jinja

Hanazono Jinja yang terletak di pusat tumpuan Tokyo iaitu Shinjuku. Pada bulan November setiap tahun diadakan festival yang dipanggil "Tori no Ichi" di mana kuil ini akan sesak dengan 600,000 orang pengunjung. Dari "Kazari Kumade", iaitu barangan membawa tuah untuk perniagaan, hingga makanan dan sebagainya dijual di deretan gerai sepanjang jalan . Udara panas yang terhasil akibat daripada pengunjung yang ramai membuatkan anda tidak berasa kesejukan musim sejuk langsung.

  • Hanazono Jinja
    • Address Shinjuku 5-17-3, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0022
      View Map
    • Nearest Station Shinjuku-Sanchome Station (Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Toei Shinjuku Line)
    • Phone Number 03-3209-5265
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari