HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinjuku Pembukaan Baru dan ‘Renewal Spot’ Tahun 2016
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ginza Pembukaan Baru dan ‘Renewal Spot’ Tahun 2016
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Roppongi Pembukaan Baru dan ‘Renewal Spot’ Tahun 2016
Pembukaan Baru dan ‘Renewal Spot’ Tahun 2016

Pembukaan Baru dan ‘Renewal Spot’ Tahun 2016

Last updated: 3 April 2018

Banyak tempat baru dibuka pada tahun 2016. Mempunyai akses terbaik menghubungkan stesen keretapi dengan kemudahan komersial, museum, dan juga hotel. Pada tahun 2017 sudah pasti ia akan terus menjadi tumpuan utama!

【Membeli-belah】Akses terbaik! Tumpuan kepada kemudahan yang bersambung terus dengan Stesen Shinjuku

【Membeli-belah】Akses terbaik! Tumpuan kepada kemudahan yang bersambung terus dengan Stesen Shinjuku

「NEWoMan」baru sahaja dibuka di bahagian baru selatan Stesen Shinjuku. Terdapat banyak restoran di dalam bangunan yang menghubungkan dengan stesen. Antara yang menjadi tumpuan seperti「Janice Wong」terkenal dengan keenakan hidangan pencuci mulut yang juga merupakan cawangan pertamanya di Jepun. Anda dapat menjamu selera dan membeli belah di dalam kawasan stesen yang dipanggil「Ekinaka」tanpa perlu keluar dari stesen.
Disamping itu, 「Food Hall」yang dibuka dari pukul 7:00 pagi sehingga pukul 4:00 pagi keesokan harinya, sangat memudahkan anda tanpa mengira awal pagi atau pun tengah malam, sekiranya berasa lapar anda boleh mengisi perut anda di sini.


Masa Operasi : Tingkat 1-Tingkat 4 11:00~22:00, Tingkat 2 Food Hall 7:00~4:00 keesokan hari, Tingkat 2 Ekinaka 8:00~22:00
Cuti : Tidak tetap

  • NEWoMan
    NEWoMan
    • Address 4-1-6, Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0022

【Membeli-belah】Gaya Baru Shopping Street di bawah jambatan landasan keretapi

【Membeli-belah】Gaya Baru Shopping Street di bawah jambatan landasan keretapi

Terdapat tempat baru dibangunkan sepanjang 700m di bawah jambatan landasan keretapi di Stesen「Naka Meguro」, yang boleh diakses oleh 2 laluan keretapi iaitu Tokyu Toyoko Line dan Tokyo Metro Hibiya Line. Makanan Jepun, makanan Itali, makanan Perancis dan pelbagai jenis restoran yang anda boleh pilih mengikut citarasa masing-masing. Kedai buku yang turut mempunyai kafe, 「Naka Meguro Tsuya Shoten」memudahkan anda untuk berehat dan mendapatkan maklumat.

Masa Operasi : Berbeza mengikut kedai
Cuti : Berbeza mengikut kedai

  • Nakameguro Kokashita
    中目黒高架下
    • Address 1-Chome, 2-Chome, 3-Chome, Kamimeguro, Meguro-ku, Tokyo-to 153-0051

【Membeli-belah】Kompleks komersial yang menempatkan pelbagai jenis kedai

【Membeli-belah】Kompleks komersial yang menempatkan pelbagai jenis kedai

Kompleks komersial「Tokyu Plaza Ginza」yang terletak di Ginza・Sukiyabashi telah dibuka dan mempunyai akses secara terus dengan stesen Tokyo Metro 「Ginza」. Di sini, terdapat kedai bebas cukai yang terbesar di dalam Tokyo, 「Lotte Duty Free Shop Ginza」, restoran, dan pelbagai jenis kedai lagi menjadikan kompleks ini tumpuan para pengunjung.

Waktu perniagaan:
Shopping・Cafe・Servis(Tingkat1~9)11:00~21:00
GINCHIKA MARCHE (Basement Tingkat 2)11:00~23:00 / (Basement Tingkat 1)11:00~21:00
GINMACHI DINING (Tingkat 10~11)11:00~23:00
KIRIKO LOUNGE(Tingkat 6) Isnin~Sabtu 11:00〜23:00 / Ahad・cuti umum 11:00~21:00, KIRIKO TERRACE(rooftop) 11:00~21:00
Cuti:Tidak tetap

  • TOKYU PLAZA GINZA
    TOKYU PLAZA GINZA
    東急プラザ銀座
    • Address Tokyu plaza Ginza, 5-2-1, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061
    • Nearest Station Ginza Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3571-0109

【Membeli-belah】Mercu tanda baru di Ginza

Koji Fujii / Nacasa & Partners Inc.
Koji Fujii / Nacasa & Partners Inc.

Koji Fujii/Nacasa&Partners.Inc.
GINZA PLACE」, kompleks komersial yang mempunyai penampilan unik daripada luaran memberikan suatu kelainan. Anda dapat melihat dan mencuba model-model baru produk Sony yang terdapat di tingkat 4~6, di kedai rasminya, 「Sony Showroom/Sony Store Ginza」. Selain itu, terdapat kemudahan seperti restoran yang pelbagai antaranya 「Kobe Plaisir Ginza」yang mana anda dapat menikmati keenakan produk tempatan, Daging Kobe(Kobe Beef ) yang dimasak di atas teppanyaki.
Anda pasti tidak akan sesat kerana kedudukannya yang terletak di 「Persimpangan Ginza 4-Chome」, sesiapa yang pergi ke Ginza pasti melalui persimpangan ini.

Masa Operasi : Berbeza mengikut kedai
Cuti : Berbeza mengikut kedai

  • GINZA PLACE
    GINZA PLACE
    • Address 5-8-1 Ginza, Chuo-ku, Tokyo-to 104-0061

【Membeli-belah】Pembaharuan keseluruhan kompleks komersial terkenal dengan fesyen

【Membeli-belah】Pembaharuan keseluruhan kompleks komersial terkenal dengan fesyen

Pada tahun 2016 sempena ulang tahun ke-10 pembukaan 「Omotesando Hills」, pembaharuan menyeluruh dilakukan, terdapat pembukaan kedai baru, penempatan baru, dan pengubahsuaian. 「Omotesando」yang terkenal sebagai pusat fesyen, di sini terdapat 「VALENTINO」, kedai-kedai koleksi jenama popular yang lain seperti 「Hirotaka」 dan beberapa jenama lagi yang membuka kedai cawangan pertama mereka di Jepun.
Sambil anda membeli belah, terdapat juga kafe, dan pelbagai jenis restoran menjadikan kompleks ini salah satu tujuan pengunjung yang datang untuk menjamu selera.


Masa Operasi:Shopping service 11:00〜21:00(Ahad sehinga 20:00)
Restoran 11:00〜23:30(Ahad sehingga 22:30)
Kafe 11:00〜22:30(Ahad sehingga 20:30)
※Sebahagian kedai waktu operasi adalah berbeza
Cuti:Tiada(Dalam setahun terdapat 3 hari kompleks ditutup)

  • Omotesando Hills
    • Address 4-12-10, Jinguumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001
      View Map
    • Nearest Station Omotesando Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Chiyoda Line / Tokyo Metro Hanzomon Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-3497-0310

【Membeli-belah】Pilihan cenderamata pelbagai di dalam stesen keretapi! Tempat popular di dalam Stesen Tokyo

【Membeli-belah】Pilihan cenderamata pelbagai di dalam stesen keretapi! Tempat popular di dalam Stesen Tokyo

Kompleks komersial Ekinaka,「GRANSTA」yang terletak dalam Stesen Tokyo yang mana menjadi tempat pertemuan pelbagai laluan keretapi termasuk laluan Shinkansen atau dipanggil bullet train, kini telah memperluaskan perniagaannya. Di kawasan luar pintu tiket masuk yang merupakan kawasan baru 「GRANSTA」telah dibuka kompleks komersial yang baru dikenali sebagai 「GRANSTA MARUNOUCHI」. Mungkin kita tidak terfikir terdapat fasiliti stesen sebesar ini yang menempatkan pelbagai jenis kedai di dalamnya. Terutamanya kedai berkaitan kosmetik yang mempunyai pelbagai pilihan, jadi sangat disyorkan untuk para wanita. Untuk para pelancong yang membawa beg bagasi yang besar, anda tidak perlu berasa bimbang untuk menikmati keseronokan membeli-belah. Jikalau anda berasa lapar, anda boleh singgah ke sini juga kerana terdapat pelbagai jenis restoran di dalamnya seperti restoran makanan Jepun, 「Tsukiji Sushiko-Wa-」.
Kini 「GRANSTA」 dan「GRANSTA MARUNOUCHI」 masih dalam proses pembesaran dan apabila pembukaan baru yang dijadualkan pada tahun 2017 nanti akan menempatkan kedai sebanyak 53 kedai keseluruhannya.


Masa Operasi:8:00~22:00(Isnin~Sabtu、Hari di pertengahan cuti umum panjang)、8:00~21:00(Ahad、Hari terakhir cuti umum panjang)
※Sebahagian kedai dibuka dari pukul 7:00
※Sebahagian “dine-in” restoran ditutup pada pukul 22:30
Cuti:Berbeza mengikut kedai

  • Gransta / Gransta Marunouchi
    グランスタ / グランスタ丸の内
    • Address JR East Tokyo Station, 1-9-1 Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo-to 100-0005

【Penginapan】Ruang indah seperti sebuah muzium kesenian

【Penginapan】Ruang indah seperti sebuah muzium kesenian

Pada tahun 2016, rangkain hotel terkenal 「Prince Hotel」telah membuka sebuah hotel berkelas dunia. Dekorasi dalaman dengan sentuhan mewah, pemandangan dari Kioi Tower iaitu dari tingkat 30 hingga tingkat 36 membangkitkan perasaan seolah-olah muzium kesenian.

Check in 15:00 / Check out 12:00,
Harga : 1 bilik untuk 1 malam bermula dari 60,000 yen (tidak termasuk tax dan caj servis)
Restoran : Restoran Jepun 1, Restoran Barat 1, Lounge 1, Bar 1

  • The Prince Gallery Tokyo Kioicho
    ザ・プリンスギャラリー 東京紀尾井町
    • Address 102-8585 東京都千代田区紀尾井町1-2

【Penginapan】「To no Nihon Ryokan」muncul di tengah-tengah bandar

【Penginapan】「To no Nihon Ryokan」muncul di tengah-tengah bandar

Dibuka pada tahun 2016 berasaskan konsep「To no Nihon Ryokan」. Di pintu hadapan anda perlu menanggalkan kasut, berjalan di atas tatami. Gabungan elemen tradisional Nihon Ryokan telah menghidupkan suasana kejepunan. Dari tingkat dua basement hingga tingkat 17 menempatkan keseluruhan sebanyak 84 bilik. Di tingkat atas sekali sambil anda menyaksikan pemandangan di waktu malam, anda dapat menikmati keseronokan berendam di dalam kolam air panas yang dipanggil sebagai Rotenburo.
Kedudukan「Hoshi no ya Tokyo」yang terletak di dalam Otemachi berdekatan pula dengan stesen Tokyo dan Imperial Palace, dengan jarak berjalan kaki memudahkan anda untuk mengunjungi kawasan pelancongan tersebut.


Check in 15:00 / Check out 12:00
Harga : 1 bilik untuk 2 orang bermula dari 78,000 yen~ (termasuk tax dan caj servis)
Restoran : Terdapat 1 buah Restoran Makanan Jepun

  • HOSHINOYA Tokyo
    星のや東京
    • Address 1-9-1 Otemachi, Chiyoda-ku, Tokyo-to 1000004 Japan

【Pelancongan】Peminat Snoopy mesti datang ke Muzium yang dibuka pada tempoh waktu terhad

【Pelancongan】Peminat Snoopy mesti datang ke Muzium yang dibuka pada tempoh waktu terhad

「Charles M. Schulz Museum of Art」yang berada di California, USA, telah membuat pembukaan yang pertama dalam dunia sebagai satelit iaitu 「Snoopy Museum」di Roppongi. Di dalam muzium dipamerkan gambar original Snoopy yang muncul dalam komik 「Peanuts」dan bahan-bahan berkaitan yang membuatkan para peminatnya untuk mendapatkan hasil kerja tersebut. Setiap tempoh waktu mempunyai tema berlainan, apa yang dipamerkan pun turut berubah-ubah menimbulkan keseronokan untuk datang berkali-kali.
Dibuka pada tempoh masa yang terhad, daripada tahun 2016 hingga 2018 sahaja. Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana anda perlu lakukan tempahan untuk masuk ke muzium.

Waktu operasi:10:00~20:00(Waktu kemasukan terakhir 19:30)
Cuti:31/12, 1/1, 2/1

  • Snoopy Museum Tokyo
    スヌーピーミュージアム
    • Address 〒105-0000 東京都港区六本木5-6-20

【Pelancongan】Keindahan Muzium seni di Katsushika Hokusai dan Sumida

(C)「すみだ北斎美術館蔵」
(C)「すみだ北斎美術館蔵」
(C) Sumida Hokusai Museum
(C) Sumida Hokusai Museum

Pelukis kepada lukisan terkenal 「Katsushika Hokusai」yang mendapat pengiktirafan antarabangsa, Ukiyoe dilahirkan di berdekatan Honjo Warigesui (sekarang dikenali sebagai (Sumida-ku Hokusai Dori), telah meninggalkan pelbagai hasil kerja yang berkualiti. 「Muzium Sumida Hokusai」dibina sebagai penghargaan kepada komuniti yang mempunyai kaitan dengan Katsushika Hokusai yang tinggal lama di situ. Di samping itu, ia berfungsi sebagai laman pengaktifan serantau, pusat promosi kebudayaan dan pelancongan serta pembangunan perindustrian.
Sejak dibuka pada November 2016, ia telah menarik minat pelbagai jenis pengunjung dari dalam dan luar negara. Perancangan untuk pameran dan kepelbagaian tema sebagai daya tarikan baru Hokusai Katsushika di masa depan, dan mengembangkan program pendidikan akan dilaksana.


Waktu operasi:9:30~17:30(Waktu masuk terakhir 17:00)
Cuti:Hari Isnin setiap minggu(Keesokan harinya jika cuti umum jatuh pada hari Isnin), akhir tahun dan awal tahun

  • The Sumida Hokusai Museum
    すみだ北斎美術館
    • Address 2-7-2 Kamezawa, Sumida-ku, Tokyo-to 130-0014
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari