HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinjuku Dapatkannya di Tokyu Hands! Top 10 Barangan Kecemasan di Jepun Untuk Dibawa Pulang
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shibuya Dapatkannya di Tokyu Hands! Top 10 Barangan Kecemasan di Jepun Untuk Dibawa Pulang
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ikebukuro Dapatkannya di Tokyu Hands! Top 10 Barangan Kecemasan di Jepun Untuk Dibawa Pulang
Dapatkannya di Tokyu Hands! Top 10 Barangan Kecemasan di Jepun Untuk Dibawa Pulang

Dapatkannya di Tokyu Hands! Top 10 Barangan Kecemasan di Jepun Untuk Dibawa Pulang

Last updated: 15 Jun 2020

Umum mengetahui bahawa apa sahaja yang anda ingin beli, anda mungkin boleh mendapatkannya di Tokyu Hands, kerana ia terkenal sebagai kedai pilihan utama yang menjual pelbagai barangan. Dari produk kecantikan, penjagaan dalaman, alat tulis dan sebagainya - pembeli boleh menghabiskan masa berjam-jam berjalan di setiap aras dan lorong Tokyu Hands! Salah satu bahagian yang paling besar dan paling popular adalah bahagian barangan kecemasan, yang menawarkan pelbagai produk yang mudah dan berkualiti tinggi yang pasti membantu sekiranya berlaku bencana alam seperti gempa bumi atau ribut. Berikut, staf Tokyu Hands akan memperkenalkan kepada anda barangan kecemasan yang berguna bila diperlukan.

▲Tingkat 6 Tokyu Hands Shinjuku. Pakar Barangan Kecemasan: Arakawa Takeshi
▲Tingkat 6 Tokyu Hands Shinjuku. Pakar Barangan Kecemasan: Arakawa Takeshi

Sangat Membantu Jika Berlaku Kecemasan

Sangat Membantu Jika Berlaku Kecemasan

Apabila tidak digunakan, topi keledar ini boleh disimpan tanpa memakan ruang kerana ia boleh dilipat menjadi sangat kompak. Disamping itu, topi keledar ini juga telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian ketahanan perlindungan daripada objek yang jatuh dan juga dalam kemalangan. Ia boleh digunakan dengan segera, menjadikannya sesuai untuk setiap keadaan kecemasan.
■ Izano MET untuk 4968 yen

Mengubah Hujan dan Air Mandian Kepada Air Minuman!

Mengubah Hujan dan Air Mandian Kepada Air Minuman!

Botol berguna ini dilengkapi penapis mudah alih, membuat air hujan, air mandi, dan apa-apa jenis air yang tidak ditapis selamat untuk minum, dan ianya telah mendapat kelulusan pelbagai organisasi kesihatan. Penutup botol juga mengurangkan tahap sesium daripada dalam air!
■ Seychelles, Survival Plus Water Filtrator untuk 7992 yen

Makanan Kecemasan Yang Boleh Dipanaskan Tanpa Api

Makanan Kecemasan Yang Boleh Dipanaskan Tanpa Api

Apabila dapur dan ketuhar gelombang mikro anda tidak berfungsi lagi, makanan kecemasan yang hebat ini boleh dipanaskan di mana-mana sahaja walaupun dengan jumlah air dan haba yang sedikit. Hanya buka zip dan tuangkan sedikit air ke dalamnya – sedia untuk dimakan! Satu pek mengandungi lima hidangan 50g.
■ BaroCook, Pek Pemanas dalam Set 5 untuk 2592 yen

Aneka-Botol Dengan Cahaya LED

Aneka-Botol Dengan Cahaya LED

Aneka botol dengan cahaya LED yang berguna ini boleh dicas menggunakan kuasa solar dan juga USB. Berfungsi sebagai tempat penyimpanan dan lampu pada masa kecemasan, botol sekecil ini juga boleh terapung diatas air.■ Solr, Lantern untuk 2980 yen

Nasi Segera Untuk Kecemasan

Nasi Segera Untuk Kecemasan

Nasi segera ini boleh dimakan terus dari paket disebabkan ia telah diawet dengan teknik pengeringan yang cepat! Pelbagai jenis beras popular yang telah dimasak dan diproses ini juga boleh didapati di sini. Sama ada yang dibuat dengan air panas atau sejuk, makanan yang mudah ini tidak akan membuat anda bimbang tentang elektrik atau gas.
■ Onishi, Udang Pilaf 410 yen

Roti Dalam Tin Yang Tahan Tiga Tahun

Roti Dalam Tin Yang Tahan Tiga Tahun

Roti dalam tin tergolong dalam jenama popular "Bologna" dan boleh disimpan selama tiga tahun. Ia boleh didapati dalam beberapa perisa, dari perisa prun, coklat dan maple.
■ Kan de Bologna 432 yen

Syampu Tanpa Air Shiseido

Syampu Tanpa Air Shiseido

Dalam masa-masa kecemasan, air menjadi berharga dan perlu digunakan secara bijaksana. Ini juga bermakna kulit kepala seseorang menjadi gatal, berbau, dan amat tidak selesa dari semasa ke semasa jika tidak diuruskan sebaiknya. Maka disinilah syampu tanpa air datang menyelamatkan keadaan dengan membersihkan kulit kepala dan rambut tanpa memerlukan air. Ia juga mengekalkan minyak semula jadi dalam rambut seseorang, disamping menjaga kulit daripada kering.
■ Fressy, Syampu Jenis botol 680 yen / 250ml

Cemasana Pilihan Anggota Bomba Wanita

Cemasana Pilihan Anggota Bomba Wanita

Isi Kandungan beg ini dipilih secara eklusif oleh anggota penyelamat wanita, mencerminkan keperluan unik kaum wanita dalam bencana. Air, tandas mudah alih, radio, lampu suluh, wisel - lebih tiga belas barangan yang berbeza dimasukkan dalam beg yang berguna ini.
■ Bush Craft, beg kecemasan 3758 yen

Pasta Segera 3 Minit : Hanya Tambah Air Panas!

Pasta Segera 3 Minit : Hanya Tambah Air Panas!

Set pasta ini mempunyai pelbagai pilihan dari perasa Napolitan sehingga Peperoncino, sedia untuk dinikmati dalam masa tiga minit selepas menambah air panas. Ia juga dilengkapi dengan sudu, juga membantu sekiranya tiada peralatan untuk makan yang boleh didapati.
■ Magic Pasta, Carbonara 389 yen

Makanan Bernutrien Penting!

Makanan Bernutrien Penting!

Makanan kecemasan ini banyak dimuatkan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran, seperti tomato, bawang, kentang, lobak merah, saleri, kacang, dan gandum. Bahan-bahan ini menyediakan hanya jumlah nutrien yang betul yang badan kita perlukan! Selain perasa tomato, perasa kacang dan labu juga disediakan.
■ NTV, Yasai Tappuri Tomato Soup 324 yen


Jam: 10:00-21:00
Cuti: tiada jadual tetap
※ Ditutup awal pada tarikh tertentu sepanjang tahun.

  • Hands Shibuya
    • Address Times Square Building 2-8F, 5-24-2 Sendagaya, Shibuya-ku, Tokyo, 151-0051
      View Map
    • Nearest Station Shinjuku Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Chuo Main Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Toei Shinjuku Line / Toei Oedo Line / Keio Line / Keio New Line / Odakyu Odawara Line)
  • Hands - Shibuya
    • Address 12-18 Udagawa-cho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0042
      View Map
    • Nearest Station Shibuya Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hanzomon Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Tokyu Toyoko Line / Tokyu Den-en-toshi Line / Keio Inokashira Line)
      7 minutes on foot
    • Phone Number 03-5489-5111
  • Tokyu Hands Ikebukuro
    Tokyu Hands Ikebukuro
    東急ハンズ池袋店
    • Address 1-28-10 Higashi-Ikebukuro, Toshima-ku, Tokyo, 170-0013
    • Nearest Station Ikebukuro Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Yurakucho Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Seibu Ikebukuro Line / Tobu Tojo Line)
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari