HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Stesen Tokyo Ikan Segar untuk Pencinta Makanan Laut – Kaisendon : 3 Restoran Donburi Makanan Laut Terbaik di Tokyo!
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinjuku Ikan Segar untuk Pencinta Makanan Laut – Kaisendon : 3 Restoran Donburi Makanan Laut Terbaik di Tokyo!
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R) Ikan Segar untuk Pencinta Makanan Laut – Kaisendon : 3 Restoran Donburi Makanan Laut Terbaik di Tokyo!
Ikan Segar untuk Pencinta Makanan Laut – Kaisendon : 3 Restoran Donburi Makanan Laut Terbaik di Tokyo!

Ikan Segar untuk Pencinta Makanan Laut – Kaisendon : 3 Restoran Donburi Makanan Laut Terbaik di Tokyo!

Last updated: 17 Julai 2020

Satu hidangan makanan laut yang terbaik mempunyai ciri-ciri berikut : penggunaan bahan masakan tempatan dan dihasilkan dengan ciri-ciri musim-musim tertentu. Anda pasti teruja dengan harganya yang murah dan jumlahnya banyak. Berikut akan diperkenalkan beberapa restoran makanan laut yang terkenal dengan masakan Kaisendon (hidangan makanan laut dalam mangkuk) dan perkhidmatannya yang terbaik.

Kaisendon mewah yang dihiasi dengan Nigiri Sushi

Kaisendon mewah yang dihiasi dengan Nigiri Sushi

Kaisendon pertama yang ingin kami disyorkan kepada anda ini, kaya dengan dibanjiri makanan laut segar sehingga anda tidak dapat melihat nasi putih di bawah! Mangkuk hidangan Kaisendon ini diisi dengan potongan besar isi ikan, telur salmon, sotong, udang, dan macam-macam lagi, Semua ini hanya dapat dinikmati semasa makan tengah hari dengan harga yang menakjubkan 1,050 yen sahaja! Sekitar dua puluh jenis makanan laut ada disediakan dimana semuanya adalah hasil tangkapan pada setiap hari, bagi membangkitkan keenakan rasa bermusim yang sempurna dari laut.. Pemilik restoran tinggal berdekatan dengan Tsukiji ini sangat berhati-hati memeriksa semua pembelian mereka setiap pagi. Jika anda melihat dengan teliti, anda akan dapat mengesan dua nigiri sushi dalam kaisendon dan ini bukan satu kebetulan. "Saya ingin pelanggan saya berasa seperti mereka menikmati sushi", kata pemilik. Ini mungkin mengejutkan sesetengah orang, tetapi mangkuk makanan laut itu dilihat sebagai hidangan laut yang lebih kasual berbanding dengan sushi, yang memerlukan hasil seni masakan yang rumit untuk membentuk nasi dan menyusun lauk di atasnya.

  • Kappou Saitou
    割烹 さいとう
    • Address 2-9-7 Shitaya, Taito-ku, Tokyo-to 110-0004

Minato Machi yang kaya dengan restoran makanan laut popular

Minato Machi yang kaya dengan restoran makanan laut popular

Takamaru Sengyoten, restoran makanan laut yang terkenal di Shinjuku, tidak hanya memegang lesen pembeli untuk Tsukiji iaitu lelongan ikan yang terkenal, tetapi juga mempunyai kuasa membeli makanan laut terus daripada nelayan di seluruh Jepun. Terdapat pelbagai ikan segar dan ikan kering, pelbagai hidangan sampingan dan juga bento boleh dinikmati di restoran ini disamping anda dapat menikmati suasana bandar pelabuhan yang indah. Antara Donburi yang paling popular pada menu adalah "Akadon" dengan ikan salmon panggang dan telur ikan salmon, manakala Kaisendon yang diisikan dengan ikan salmon mentah pula dipanggil "Nama-Akadon". Hidangan yang tidak kurang hebatnya, "Kurodon" pula diisi dengan ikan tuna yang segar. Setiap satu daripada tiga hidangan ini boleh dinikmati dengan harga 1058 yen. Sebahagian besarnya dipenuhi nasi dan makanan laut ini dihidangkan dalam ‘kioge’ sejenis mangkuk kayu dua lapisan tradisional, bagi menarik perhatian pelanggan menjamu mata dan juga selera. Restoran ini diuruskan secara langsung oleh seorang usahawan dari Wilayah Chiba, yang mempunyai pengalaman dalam penyediaan makanan laut menggunakan tiga jenis kicap soya Chiba yang terkenal. Mengapa tiga jenis? Kerana cara terbaik bagi menikmati pelbagai jenis makanan laut adalah dengan memadankan makanan tersebut dengan jenis kicap soya yang sesuai. Ketelitian inilah yang membuatkan restoran ini terkenal dan sesuai untuk semua pengunjung.

  • Takamaru Sengyoten
    鷹丸鮮魚店 4号店
    • Address GS Plaza 1F, 7-7-24 Nishishinjuku , Shinjuku-ku, Tokyo-to 160-0023

Kedai makanan laut yang kaya dengan kepelbagaian menu

Kedai makanan laut yang kaya dengan kepelbagaian menu

Tidak jauh dari Skytree Tokyo sendiri, anda boleh mengunjungi Noguchi Sengyoten, restoran makanan laut yang diuruskan secara langsung oleh seorang peniaga dari Tsukiji (tempat lelongan ikan tuna), yang terletak tidak jauh, kira-kira tiga minit pemanduan dari Stesen Azumabashi Honjo. Beroperasi di bawah moto "Ikan Yang Paling Segar ialah Ikan Dibeli Pada Awal Pagi", menjadikan "Asa Ichi Tsukiji Don “(Hidangan Tsukiji Awal Pagi), yang boleh dibeli pada harga 1933yen, mempunyai banyak perut ikan tuna, isi ikan tuna tanpa lemak, udang saiz besar, isi ikan tuna dihiris nipis, telur ikan salmon, dan ketam salji(Zuwaigani) dengan tujuh pilihan berbeza, menjadikan ia makanan laut yang lazat. Selain dijadikan sashimi, ikan juga boleh dinikmati dengan dijadikan stik atau dipanggang, atau sebagai carpaccioa. Tidak kira apa jua cara anda memilih untuk menikmati makanan laut anda, Noguchi Sengyoten berjanji memberikan yang terbaik! Menu ini menawarkan pelbagai hidangan, dari mangkuk stik tuna bermula dari 700 yen kepada yang "Noguchi no Kyoku Donburi”(Hidangan Unggul Noguchi) bersaiz besar yang hanya terhad semasa hujung minggu sahaja dengan harga 3024 yen, dimana tidak mungkin dihabiskan seorang diri.

  • Noguchi Sengyoten
    小さな魚がし 野口鮮魚店
    • Address 4-6-9 Higashikomagata, Sumida-ku, Tokyo-to 130-0005
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari