HOME Bandar Lama di Jepun
Bandar Lama di Jepun

Bandar Lama di Jepun

Last updated: 12 April 2017

Bandar Lama memancarkan suasana nostalgia dari landskap seperti bangunan yang menarik dan lorong-lorong kecil. Dengan sedikit berjalan dari bandar-bandar yang dipenuhi dengan garisan bangunan-bangunan tinggi, kita dapat menikmati persekitaran jalan retro.

Apakah yang dimaksudkan dengan Bandar Lama.

Apakah yang dimaksudkan dengan Bandar Lama.

Secara umum, Bandar Lama adalah sebuah bandar kehidupan bagi orang biasa, dengan banyak bangunan retro dan suasana dekad yang lalu masih kekal. Bangunan pejabat yang besar atau kondominium tidak kelihatan, tetapi rumah-rumah, kilang-kilang kecil, bengkel tukang terkumpul. Ramai penduduk tinggal di tanah yang sama dari generasi ke generasi sejak zaman Edo.

Bandar Lama Tokyo

Bandar Lama Tokyo

Tokyo merupakan sebuah bandar yang telah berterusan sejak zaman Edo selama kira-kira 400 tahun.
Bandar Lama Tokyo termasuk Asakusa dan Katsushika-Shibamata, yang merupakan kawasan bersejarah mempunyai banyak tempat-tempat suci dan kuil-kuil. Dan juga daerah "Yanesen" yang terdiri daripada Yanaka, Sendagi dan Nezu adalah kawasan yang paling popular yang memancarkan suasana yang lama. Selain daripada bangunan seperti kuil dan tanah perkuburan, terdapat satu kawasan beli-belah bentuk lama di mana landskap yang unik untuk kotar lama masih kekal, sebagai contoh, kedai manisan jepun yang sudah lama bertapak, kafe yang mana diubahsuai dari rumah-rumah lama, dan lain-lain.

Bandar Lama di kawasan-kawasan lain dari Tokyo

Bandar Lama di kawasan-kawasan lain dari Tokyo

Selain daripada Bandar Lama Tokyo, kawasan yang terdapat ramai orang yang telah lama tinggal di tanah yang sama atau kawasan-kawasan yang mempunyai jalanan bersejarah itu dijumpai di seluruh Jepun. Ambil Osaka sebagai contoh, Shinsekai, Tengajyaya di Nishinari-ku dan Daerah Beli-belah Komagawa di Higashi-Sumiyoshi-ku dikenali sebagai Bandar Lama. Di setiap kota, terdapat beberapa lorong dan kawasan membeli-belah di mana orang mempunyai kehidupan seharian.

Ciri-ciri orang yang tinggal di Bandar Lama.

Ciri-ciri orang yang tinggal di Bandar Lama.

Di Tokyo di mana majoriti penduduknya berasal dari kawasan-kawasan lain, orang yang dilahirkan dan dibesarkan di Bandar Lama di Tokyo dipanggil "Edokko". "Edokko" cenderung untuk mempunyai semangat keadilan dan cenderung untuk menangis dengan mudah, panas baran tetapi penyayang. Di samping itu, kerana mereka telah tinggal di tanah yang sama bergenerasi, mereka mempunyai semangat perpaduan di kalangan penduduk tempatan

Bagaimana untuk menikmati di Bandar Lama.

Bagaimana untuk menikmati di Bandar Lama.

Dalam kebanyakan kes, terdapat tempat suci atau kuil yang mewakili kawasan di setiap Bandar Lama. Pertama, mari kita melawat di sana. Masuk adalah percuma, dan anda akan menikmati suasananya. Selalunya, terdapat kawasan beli-belah berhampiran dengan kuil kuil. Terdapat banyak lorong-lorong yang terlalu sempit untuk kereta melalui. Anda sering boleh menjumpai kucing kucing sesat. Kawasan ini mengeluarkan suasana tipikal Jepun yang menjadi tempat menarik untuk mengambil gambar.

Acara tahunan di Bandar Lama

Acara tahunan di Bandar Lama

Pada musim panas, beberapa acara festival diadakan. Penduduk tempatan memakai jaket yang sama dan membawa kuil mudah alih, dan berarak di bandar. Pesta bunga api yang di adakan pada bulan Julai dan Ogos, adalah acara utama bandar lama ini, yang telah berterusan sejak zaman Edo. Orang Jepun secara umum melawat tempat suci atau kuil pada cuti Tahun Baru (Januari) untuk meminta hajat untuk kesihatan dan keselamatan, manakala di Asakusa, Katsushika dan Shibamata, orang orang melawat berbilang gandaan kuil dan tempat-tempat suci. Amalan ini dipanggil "Shichifukujin (Seven Lucky Gods) Tour" dan telah menjadi terkenal. Perayaan bunga yang melambangkan Jepun diadakan, sebagai contoh, perayaan ceri berbunga pada bulan Mac dan April, perayaan hydrangeas dan iris sekitar sebelum dan selepas bulan Jun.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari