HOME Penggunaan kedai serbaneka
Penggunaan kedai serbaneka

Penggunaan kedai serbaneka

Last updated: 28 April 2017

Kedai serbaneka beroperasi 24 jam sepanjang tahun. Kedai serbaneka yang ada di Jepun antaranya ialah "7 Eleven", "Lawson" dan "Family Mart". Memperkenalkan perkara yang anda perlu tahu mengenai kedai serbaneka.

Apakah itu konbini (kedai serbaneka)?

Apakah itu konbini (kedai serbaneka)?

Konbini adalah singkatan untuk "convenience store". Bento (bekalan makanan), makanan ringan, minuman kebanyakannya dijual di kedai bersaiz kecil yang beroperasi 24 jam. Bukan sahaja makanan, malah barang keperluan seperti majalah, alat tulis dan bahan pencuci juga ada dijual. Selain itu, bil elektrik juga boleh dibayar di sini.

Air kopi konbini

Air kopi konbini

Konbini yang menyediakan air kopi dengan kaedah titisan semakin bertambah. Minuman kopi yang ditawarkan adalah berkualiti dengan harga yang murah, perasa dan rasa adalah berbeza mengikut kombini. Harga bagi saiz S bermula dari 100 JPY. Bagi air kopi panas, sila beritahu anda mahu "air kopi kombini saiz S" di kaunter pembayaran dan pekerja kedai akan memberikan anda cawan saiz S kepada anda. Selepas selesai membayar, bawa cawan ke bahagian tempat servis kopi yang berdekatan dengan kaunter atau pintu masuk.

Onigiri (nasi kepal) konbini

Onigiri (nasi kepal) konbini

Onigiri adalah nasi yang dikepal menjadi bulat atau segitiga dan digulung dengan nori (rumpai laut). Terdapat pelbagai jenis onigiri yang dijual di konbini. Bagi onigiri yang berbentuk segitiga, sila buka mengikut turutan nombor "1, 2, 3" seperti yang tertulis di luar balutan plastik.

Tandas di konbini

Tandas di konbini

Banyak tandas disediakan di kedai serbaneka untuk kegunaan pelanggan. Kedai yang membenarkan "tandas boleh digunakan walaupun anda tidak membeli apa-apa barang" juga semakin bertambah.

Servis Wi-Fi (Internet tanpa wayar) boleh digunakan secara percuma

Servis Wi-Fi (Internet tanpa wayar) boleh digunakan secara percuma

Ada juga konbini yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi seperti "Seven spot" di "7 Eleven" dan "Famima Wi-Fi" di "Family Mart". Terdapat konbini yang tidak membenarkan penggunaan Wi-Fi jika anda tidak mendaftar serta mempunyai had waktu dan jumlah penggunaan bergantung pada akses sambungan.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari