HOME Daging panggang
Daging panggang

Daging panggang

Last updated: 27 April 2017

Memperkenalkan mengenai bahagian daging lembu dan cara makan yang perlu diketahui ketika menikmati daging panggang iaitu hidangan wajib ketika melawat Jepun.

Apakah itu yakiniku?

Apakah itu yakiniku?

"Yakiniku" merujuk kepada makanan yang dagingnya dipanggang, tetapi bagi orang Jepun jika disebut "ayuh, mari makan yakiniku" ia banyak merujuk kepada pemakanan daging dan sayur yang dipanggang di atas kuali besi yang leper dan kemudiannya dicecah dengan sos tare.

Bahagian daging

Bahagian daging

Bahagian daging panggang yang perlu diketahui ketika memesan makanan di kedai daging panggang adalah seperti berikut.
・"Kalbi" iaitu tulang rusuk berdaging lembu atau khinzir yang mempunyai banyak lemak. Ini merupakan bahagian yang selalu dipesan bagi kebanyakan pelanggan ketika memakan daging panggang.
・"Tan" ialah lidah lembu, mempunyai lemak yang sedikit dan isi yang padat. Rasanya meningkat setiap kali mengunyahnya.
・"Harami", ia mempunyai banyak bahagian daging merah, satu bahagian yang sihat dan terkenal di kalangan wanita.
・"Liver" ialah bahagian hati lembu yang kaya dengan zat besi, tetapi baunya yang unik menyebabkan ramai orang alah dengannya.
・"Hormon" ialah usus besar lembu yang kebanyakanya berbentuk bulat. Lemak itu mempunyai tekstur yang rangup dan liat-liat.

Sos tare

Sos tare

Selepas memanggang daging itu, adalah menjadi kebiasaan menikmatinya dengan mencecah sos tare. Sos tare adalah sos yang berasaskan shoyu dan dimasukkan bawang putih, gula dan minyak bijan. Rasanya berbeza mengikut kedai. Kebiasaannya sos tare mempunyai rasa pedas dan manis.

Daging panggang untuk seorang

Daging panggang untuk seorang

Selalunya daging panggang dimakan bersama 2 orang atau lebih, tetapi di Jepun sejak kebelakangan ini, terdapat juga kedai yang menyediakan daging panggang untuk dinikmati seorang diri, iaitu "hitori yakiniku".

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari