Jepun, jika dibandingkan dengan negara-negara lain mempunyai kadar jenayah yang rendah dan dikatakan selamat. Tetapi jangan ambil mudah tentang keselamatan kerana ianya membahayakan. Artikel ini akan memperkenalkan tentang keselamatan di Tokyo.
Kawasan yang mempunyai tahap keselamatan yang baik secara relatifnya adalah Chuo-ku/ Bunkyo-ku
Kawasan yang dikatakan mempunyai kadar keselamatan yang baik adalah di Bunkyo-ku dan Chuo-ku. Bunkyo-ku merupakan kawasan di mana terletaknya universiti berstatus tinggi iaitu Universiti Tokyo. Di sini juga terdapat banyak pokok-pokok dan merupakan kawasan yang mudah didiami walaupun merupakan sebuah bandar. Manakala Ginza yang terletak di dalam Chuo-ku pula dikatakan mempunyai ramai golongan kelas atasan, menyebabkannya mempunyai kadar keselamatan yang baik.
Kawasan yang mempunyai tahap keselamatan yang buruk secara relatifnya adalah Shinjuku-ku
Di Shinjuku terdapat kawasan hiburan iaitu Kabukicho di mana terdapatnya kelab-kelab kabaret, kelab malam, dan rumah pelacuran. Apabila berjalan-jalan pada waktu malam terutamanya, akan terdapat pelbagai pelawaan untuk menarik pelanggan. Walaupun dengan penempatan kamera pengawasan di beberapa kawasan dan juga rondaan dijalankan oleh pihak polis, tidak dijamin bahawa pengunjung tidak akan terbabit dalam masalah di sini.
Peta maklumat jenayah
Anda boleh merujuk kepada peta maklumat jenayah di Jabatan Polis Bandaraya Metropolitan Tokyo untuk mengetahui tahap keselamatan di dalam Tokyo. Jika anda mempunyai kebimbangan ataupun terlibat dalam masalah, anda boleh berbincang di koban (pondok polis).
Hati-hati dengan pencuri barang
Berhati-hati supaya tidak meninggalkan barang untuk menempah tempat duduk, ataupun untuk pergi ke tandas di kedai makan.
Kunci basikal anda
Kunci basikal yang anda pinjam ketika melancong. Pastikan anda tidak leka walaupun hanya sekejap.
Berhati-hati dengan pencabul
Perkara yang harus diberi perhatian ketika menaiki kereta api adalah pencabul. Berpakaian yang terlalu terdedah memudahkan anda untuk menjadi mangsa, terutamanya ketika sedang bersesak-sesak di dalam kereta api yang penuh.
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
[MOVIE] Masakan Nabe
-
Ryokan (rumah inap)
-
Mencuba pakaian
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Menggunakan masa lapang dengan baik sebelum daftar masuk penerbangan! 2 jam kursus jalanan menyeronokkan Suidobashi.
-
Lebih menarik jika tahu! Iklim Jepun yang unik
-
Ginza dan Tsukiji yang dahulu dan sekarang
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Akihabara, dahulu dan sekarang