HOME Di sini pun unik juga orang Jepun~Bahagian bilik tetamu~
Di sini pun unik juga orang Jepun~Bahagian bilik tetamu~

Di sini pun unik juga orang Jepun~Bahagian bilik tetamu~

Last updated: 7 Oktober 2020

Perkhidmatan hotel di Jepun adalah bertaraf tinggi di dunia. Untuk memastikan tetamu dapat merasai keseronokan menginap selain berehat semata-mata, beberapa jenis bilik hotel yang unik ada disediakan. Alang-alang melawat Jepun, apa kata anda cuba bermalam di sini?

Masa bahagia dikelilingi Snoopy

Masa bahagia dikelilingi Snoopy

Hotel Imperial yang dibuka pada tahun 1890 merupakan hotel bersejarah yang mewakili Jepun. Hotel Imperial menyediakan bilik yang dihiasi dengan karakter popular di dunia iaitu Snoopy. Patung Snoopy yang berpakaian seperti tukang masak akan kelihatan sebaik sahaja pintu bilik dibuka. Pelapik katil yang mempunyai corak "Peanut's friends" yang memperagakan pakaian seragam Hotel Imperial dan karpet bercorakkan ketua chef Snoopy dan sebagainya turut disediakan. Selain itu, cenderamata asli iaitu "Lunch bag Chef Snoopy" turut diberikan sebagai tanda kenangan penginapan.

  • Imperial Hotel Tokyo
    Imperial Hotel Tokyo
    帝国ホテル東京
    • Address Chiyoda-ku Uchisaiwai-cho 1-1-1, Tokyo, 100-8558
    • Nearest Station Hibiya Station (Tokyo Metro Hibiya Line / Tokyo Metro Chiyoda Line / Toei Mita Line)
      6 minutes on foot

Sarat dengan daya tarikan Hello Kitty

Sarat dengan daya tarikan Hello Kitty

Hello Kitty adalah karakter popular yang lahir di Jepun. Walaupun sudah melebihi 40 tahun sejak diperkenalkan, karekter ini masih disayangi seluruh dunia. Hotel Keio Plaza yang terletak 5 minit dengan berjalan kaki dari Stesen Shinjuku menyediakan 2 jenis "Hello Kitty Room". "KITTY TOWN" adalah bilik yang bertemakan imej nikmat percutian di "City Resort" iaitu TOKYO dimana Hello Kitty bermain di taman hiburan dan membeli-belah bersama keluarga dan rakan-rakan. "PRINCESS KITTY" pula adalah bilik persendirian yang telah direka dengan imej bersuasanakan puteri iaitu suasana yang dapat melegakan kepenatan Hello Kitty dan bilik yang dikelilingi dengan barang-barang kegemaran. Gambar menunjukkan bilik jenis "KITTY TOWN".

  • Keio Plaza Hotel Tokyo
    Keio Plaza Hotel Tokyo
    京王プラザホテル
    • Address Shinjuku-ku, Nishishinjuku 2-2-1, Tokyo, 160-8330
    • Nearest Station Tochomae Station (Toei Oedo Line)
      3 minutes on foot

Terpesona dalam dunia Gundam

Terpesona dalam dunia Gundam

Gundam merupakan robot anime yang popular dan menjadi kebanggaan Jepun. "Mobile Suit Gundam" yang mula ditayangkan pada tahun 1979 dan kini berusia melebihi 30 tahun ini dihasilkan dalam pelbagai karya seperti TV bersiri, teater dan sebagainya malah masih berterusan sehingga kini. Bilik yang boleh membuatkan anda tenggalam dalam dunia Gundam ini ada disediakan di Hotel Grand Pasific Le Daiba. Terdapat 3 jenis bilik disediakan iaitu "Special Type", "Jaburo Type", dan "Standard Type". Anda pasti dapat merasakan seolah-olah menjadi watak dalam cerita dengan suasana bilik tersebut. Ameniti yang disediakan juga adalah edisi khas.

  • Grand Nikko Tokyo Daiba
    Grand Nikko Tokyo Daiba
    グランドニッコー東京 台場
    • Address Minato-ku Daiba 2-6-1 , Tokyo, 135-8701
    • Nearest Station Daiba Station (Yurikamome)
      3 minutes on foot

Peminat beruang koala mesti saksikannya. Bilik "Koara no Machi".

Peminat beruang koala mesti saksikannya. Bilik "Koara no Machi".

"Koara no Machi" merupakan biskut coklat yang mula dijual pada tahun 1984 dan masih berkekalan sehingga kini. Biskut ini merupakan salah satu makanan ringan yang terkenal di Jepun dan ada dijual di kedai serbaneka, pasar raya dan sebagainya. Karakter yang diberi nama Machi-kun ini boleh ditemui di bilik "Machi Room" di Hotel Lotte City Kinshi-cho. Machi-kun muncul di serata tempat; cadar katil, bantal, mug, ameniti dan sebagainya. Bilik ini bagaikan mimpi bagi peminat beruang koala. Cenderamata turut disediakan kepada tetamu.

  • Lotte City Hotel Kinshicho
    Lotte City Hotel Kinshicho
    ロッテシティホテル錦糸町
    • Address Sumida-ku, Kinshi 4-6-1, Tokyo, 130-0013
    • Nearest Station Kinshicho Station (JR Sobu Main Line / JR Sobu Main Line (Rapid) / Tokyo Metro Hanzomon Line / JR Sobu Line)
      1 minute on foot

Ruang tenang dikelilingi beruang panda

Ruang tenang dikelilingi beruang panda

Taman Ueno merupakan kawasan rekreasi penduduk yang menyediakan banyak fasiliti kebudayaan seperti muzium, galeri seni, zoo dan sebagainya. Hotel Mitsui Garden Ueno yang terletak berhampiran dengan taman tersebut menyediakan "Panda Room" iaitu bilik yang bermotifkan binatang paling popular di Zoo Ueno. Terdapat 2 jenis bilik iaitu Twin dan Double di mana hiasan dalaman kedua-dua bilik ini bercirikan monotone (penggunaan 2 jenis warna sahaja iaitu hitam dan putih). Ruang yang dipenuhi beruang panda ini pasti dapat memberikan ketenangan kepada tetamu tidak kira golongan kanak-kanak mahupun warga emas. Selain itu, mug kopi berpasangan di bilik, langsir mandi dan tisu tandas di bilik mandi juga mempunyai corak beruang panda. Gambar menunjukkan Panda Room (R)(Twin).

  • Mitsui Garden Hotel Ueno
    三井ガーデンホテル上野
    • Address 3-19-7, Higashiueno, Taitou-ku, Tokyo, 110-0015
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari