HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ginza Makanan Itali yang boleh dinikmati di Tokyo
Makanan Itali yang boleh dinikmati di Tokyo

Makanan Itali yang boleh dinikmati di Tokyo

Last updated: 19 Jun 2020

Masakan Itali mempamerkan rasa bersemangat dan berwarna-warni menggunakan gabungan pelbagai bahan-bahan, seperti tomato dan keju, makanan laut dan sayur-sayuran. Di Jepun, makanan Itali telah digelar "Itameshi" (Ita adalah ringkasan untuk Itali dan meshi adalah slang yang bermaksud makan) sejak 1990-an. Mari kita lihat restoran Itali yang mewakili Tokyo yang tidak pernah gagal untuk menarik perhatian ramai pencinta makanan.

Rasa makanan laut yang terbaik "Ginza KAZAN"

Rasa makanan laut yang terbaik "Ginza KAZAN"

Ia menawarkan makanan Itali yang sihat dengan hanya menggunakan makanan laut premium dan sayur-sayuran, tanpa menggunakan sebarang daging. Ia dikendalikan oleh sebuah syarikat perdagangan yang khusus dalam import makanan laut. Ini adalah sebab mengapa restoran ini boleh mendapatkan bahan-bahan makanan laut yang berharga di seluruh dunia seperti "New Caledonian shrimp (udang Kaledonia Baru)" dari Kaledonia Baru yang mendapat mengiktirafan dari kerajaan Perancis kerana kualitinya yang tinggi, dan begitu juga dengan tiram dari Pulau Tasmania "Cat’s Eye oyster" yang mempunyai reputasi di atas kualitinya yang tinggi. Hidangan vegetarian juga boleh disediakan khas di atas permintaan. (7,560 JPY, tempahan awal 3 hari diperlukan)

  • Ginza KAZAN
    銀座KAZAN
    • Address 3-4-6, ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061, Japan

Menghiasi malam Azabu "Vinitalia"

Menghiasi malam Azabu "Vinitalia"

"Vinitalia" adalah sebuah restoran Itali yang elegan yang terletak di Azabu-Juban, sebuah bandar di mana ramai pencinta makanan berkumpul. Dari dek restoran, tetamu boleh menikmati makanan sambil menikmati pemandangan halaman. Sebuah salun dan ruang makan vip juga disediakan yang memberikan suasana yang elegan. Bahan-bahan yang digunakan seperti sayur-sayuran bermusim dan pasta segar dipilih dengan teliti. 300 jenis wain disimpan sebagai stok sepanjang masa. Para tetamu boleh menikmati rasa masakan yang terbaik bersama-sama dengan wain. Restoran ini dibuka sehingga 2:30 tengah malam pada hari minggu dan terkenal sebagai tempat di mana orang dewasa berkumpul setiap malam. Ia telah mendapat kedudukan tinggi dalam panduan gourmet yang terkenal di dunia.

  • Casa Vinitalia
    Casa Vinitalia
    • Address Address Mtower2F, 1-7-31, Minamiazabu, Minato-ku, Tokyo, 106-0047, Japan

Rasa yang dicipta oleh master chef tiga bintang

Rasa yang dicipta oleh master chef tiga bintang

Di Marunouchi, yang dikenali sebagai salah satu bandar perniagaan terbesar di Jepun, anda boleh merasai karya agung yang dicipta oleh Heinz Beck seorang master chef terkenal di Itali. Beliau yang mempunyai bakat yang jarang dimiliki oleh orang biasa telah mencipta pelbagai jenis hidangan dan juga telah memenangi anugerah berprestij seperti Bibenda, Ganberorosso, L'ESPRESSO dari pelbagai negara. Oleh yang demikian, beliau dikenali dengan gelaran "revolusi masakan Itali" di negara asalnya iaitu Itali. Beliau mahir menggunakan bahan-bahan bermusim Jepun dan menghasilkan rasa moden dan canggih yang merangsang pancaindera.

  • HEINZ BECK
    HEINZ BECK
    • Address Nihonseimei marunouchi gardentowe M2F, 1-1-3, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo, 100-0005, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari